Monday, March 30, 2009

Monolog Seorang Sahabat

Tidak dinafikan pengalaman di alam degree banyak mengajar aku tentang kehidupan. Di sinilah aku mengenal erti sahabat, teman, kawan, kenalan mahupun lawan. Entahlah. Tatkala sahabat yang aku harapkan namun hakikatnya mungkin aku bukanlah sahabat. Kegagalan hampir2 mengheret aku ke lembah "kematian". Pada siapa yg boleh aku harapkan? Jika sahabat yang aku anggap bisa menolong menaikkan semangat ketika aku di lembah kegagalan namun harapan tinggal harapan. Alhamdulillah aku dikurniakan keluarga yang amat memahami perasaan. Pada mereka aku meluahkan perasaan.

Sedang kalut lagi serabut menyiapkan tugasan2, key in subjek untuk semester hadapan pula yang menjadi bebanan. Apa yang aku harapkan dapat bersama-sama teman dan sahabat untuk bersama-sama seperjuangan untuk semester hadapan, hanya tinggal kenangan. Namun biarlah kugagahkan untuk meneruskan perjuangan semester hadapan berbekalkan semangat dari jiwaku secara sendirian tiada berteman.

Kepada sahabat, terima kasih diucapkan atas kesudian berkawan. Mungkin kita tidak ditakdirkan untuk bersama-sama menimba ilmu pengetahuan semester hadapan, namun apa yang aku harapkan kita teruskan perjuangan.

Thursday, March 19, 2009

Kata dari Kalbu

Buat rakan2 yg akan berjuang dlm Peniti Intervarsiti (Biha, abg Amir, Fazil & Ammar) ... GUD LUCK diucapkan. Lakukan yg terbaik agar hasil yg diingini memuaskan hati.

Buat temanku Nazrin yg akan ke Jepun Sabtu ni utk melanjutkan pelajaran, selamat tinggal aku ucapkan. Maaf aku tak dapat hantar kau kat KLIA kerana banyak kekangan. Pandai2 jaga diri di negara orang. Insya-Allah ada umur yg panjang kita jumpa lagi. Friends forever!

Khittah Seorang Pesawah

Baru aku sedar betapa besarnya pengorbanan seorang yang digelar pesawah. Saban hari kita makan nasi tanpa menyedari betapa sukarnya untuk menghasilkan sebutir beras. Aku teringat sebuah iklan di tv yg ada menyebut "SEBUTIR BERAS TU IBARAT SETITIK PELUH PETANI". Mungkin kalian masih ingat iklan tersebut bukan?

Pengalaman menanam padi di sawah semasa subjek Amalan Ladang: Tanaman Makanan AGR3001 pada ptg ini membuatkan aku tersedar dari lamunan. Kalau takda pesawah, apa yg kita nak makan? Sebenarnya ksedaran ni timbul lantaran pengalaman yg amat memenatkan. Dari pukul 2.00 ptg hingga 5.30 ptg, kami memerah keringat menanam padi secara manual dan menggunakan mesin penanam padi. Menggunakan mesin penanam padi pada mulanya aku rasakan begitu mudah namun hakikatnya tidak semudah yg disangka. Aku bukan main gelakkan kawan2 yg menanam padi dengan senget-benget antara baris menggunakan mesin tersebut. Tapi bila sampai giliran aku, senget jugak. Susah rupanya. Haha.

Kemudian, kami menanam secara manual di petak sawah yang besar. "Penderitaan" baru bermula. Kami harus mencabut anak2 pokok padi yg telah disemai dan membersihkannya sebelum menanam. Sakit belakang dibuatnya tatkala terpaksa membongkok sahaja. Ikutkan hati mahu saja aku duduk dalam petak sawah ni. Tapi nnt org lain ingat ada beruang pulak yang lemas kat dalam sawah. Aku lupakan hasrat yang tak masuk dek akal tu.

Kami memindahkan anak2 pokok padi yang telah dicabut ke petak sawah yg lain lantas terus menanam secara manual, guna jari je.. Eh, bukan. Guna tangan je. Dengan sinaran mentari yang tidak jemu2 memancarkan cahayanya, membuatkan keringat membasahi baju. Mmg penat sgt. Kami harus memenuhkan petak sawah yg mmg besar ini dgn anak pokok padi. Staf2 TPU menyuruh kami menghabiskan juga penanaman. Selagi tak habis, tak boleh balik. Tapi ada je yg berjaya memboloskan diri terus pulang ke kolej. Yang tinggal hanya beberapa kerat saja. Kamilah yg menyelesaikan kerja2 penanaman berbekalkan "semangat seorang pesawah moden".

Mmg pengalaman ni mengajar aku tentang pengorbanan pesawah yg kita mesti kita hargai. Bersyukurlah pada Allah atas rezeki yang diberi. Jadi kepada rakan2 semua, kalau makan nasi tu, biarlah sampai habis. Jangan bazirkan dengan membuang begitu sahaja.

Wednesday, March 18, 2009

Alhamdulillah

Kdg2 ada sedikit penyesalan terhadap tindakan yg aku lakukan. Namun, aku rasa itu yg terbaik yg dapat dilaksanakan. Alhamdulillah, reaksi positif yg diberikan. Aku amat berharap agar perkara yg lepas tiada dikenang dan dijadikan pedoman dalam menempuh hari mendatang. Maaf dihulur andai apa yg diungkap menyakitkan hati dan mengguris perasaan. Kita hanya insan biasa yang tak lepas dari melkukan kesalahan.

Buat kak ika, abg amir, ida, fazil, kak nida dll (maaf kpd yg tertinggal) yang menolong membuat survey ttg "Blogging among UPM Students" terima kasih diucapkan dengan harapan pertolongan kalian diberkati Tuhan. Insya-Allah.

Monday, March 16, 2009

Hmm.........

Setelah bertungkus-lumus selama 2 minggu, akhirnya kertas kerja utk program baksis kump 10 berjaya disiapkan. Sebagai tim. pengarah, aku harapkan agar kertas kerja ini dpt diluluskan dgn segera. Akt yg bakal dijalankan pd 28 Mac ni di Bkt Ekspo (jauhnya..) diharap dapat memuaskan hati semua ahli kump 10 baksis. Bukannya apa, ini sahaja yg termampu utk dilaksana lantaran KELONG_ANGAN (isi tpt kosong sendiri) AJK tertinggi program baksis kump 20 yg pada awalnya mahukan kami bergabung ttp akhirnya pada saat2 terakhir mengatakan tidak mahu bergabung pula. Sedangkan mereka yg beria-ia mahukan kami bergabung, katanya, "Lebih ramai lebih meriah. Kami amat mengharapkan agar kumpulan anda bersetuju untuk bergabung dgn kumpulan kami. Jgn risau, kami dah siapkan kertas kerja. So, korang tak payah buat kertas kerja." Ayat ini masih terngiang-ngiang di telingaku hingga ke tika ini. KELON_KANGAN mereka terserlah tatkala perjumpaan pertama telah diatur. Sesudah pegarah program kump aku (kak yuni), azah & huda ke kolej serumpun utk berbincang, mereka tak kunjung tiba. Punyalah telefon, tak angkat2. At last, pengarah kump 20 tu angkat hp. Katanya, "kumpulan kitorang tak nak bergabung. Ramai sgt." Terus letak hp. Sakitnya hati Allah shj yg tahu. Inilah susur galur ceritanya.. Maka 16 Mac, tatkala kertas kerja dihantar, kena tolak pula kerana:
1. x disertakan surat kpd tnc
2. terdpt kesalahan dlm anggaran belanjawan.
So, kene hantar esok.

Dengan hati yg kecewa setelah seharian menghabiskan masa dgn membetulkan kesilapan yg ada
shj pd kertas kerja, aku terus ke kelas Etnik. Hujan membasahi bumi aku redah jer. Sesampainya di kelas Etnik presentation baru bermula.

Bila salah seorang ahli kump etnik aku tiba, dia katakan pada aku n bad, "Korang buat bukan pengenalan je tau utk penulisan kajian lapangan. Tapi buat semua selain analisis survey." Aku buat2 x fhm. Aku sebenarnya dah lama bengang. Aritu aku, kurt n bad dah wat survey kat 2 sekolah. diorang wat 1 sekolah je. Fine. Soalan survey utk guru, bad yg perah idea bagai nak rak. dorang just taip balik je. Survey utk murid pun aku dah buat sikit. Bukan nak mengungkit tp nak sedarkan ahli kump aku tu yg masih nak ambil kesempatan dgn melemparkan tugas yg sepatutnya disiapkan, tapi tidak mahu dibuat. malas.

Ada saje kerja tambahan yg kene buat. Tatkala aku terus menyiapkan kerja yg diberi dgn secepat mungkin (kerana banyak komitmen lain, itulah pasal aku siapkan awal) & terus hanta kat dia, mulalah cakap , "korang kene buat ini tau. itu jugak.." dasar pemalas!!!! Tatkala telah berjanji utk memberi tugas kepada kami (3 budak lelaki dlm grup in) iaitu taip interview dgn 2 org guru besar, membuat pengenalan ttg kajian laporan
(termasuk latar belakang, skop kajian, objektif,......... dll) serta membuat pembentangan sahaja , alih2 bukan pengenalan je.. siap senaraikan lg 4 item baru melalui emel. Kesabaran aku tak dpt ditahan. Aku membalas emel yg diberi dgn penuh luahan yg terbuku dlm hati aku selama ini... Aku harap ko mengerti. Jgn asyik nak mengambil kesempatan atas org lain. dah.. aku malas nak fikir. yg penting apa yg dah dijanji, mesti dituruti...........................................................................


Sunday, March 15, 2009

TERHARU


Aku sgt terharu dgn award kak ika.. BLOG PALING BERSAWANG (NAIB JOHAN).. Ok lah tu. Actually x sempat sgt2 nak update blog.. Neway TQ kak ika for the award!!! (hehehe).

Tinggalkan pasal award 2. Sedar tak sedar dah 2 bulan aku menjadi pelajar degree. Pengalaman yang x boleh diungkap dgn kata2. Sebenarnya, pengalaman di alam degree ni membuatkan aku lebih matang & menjadikan aku sbg insan yg lebih tabah. Mmg ada tekanan tp aku cuba hindarkan. Moga2 membuahkan kejayaan.

Alhamdulillah, satu demi satu kejayaan muncul pada sem ini membuatkan aku gembira yang teramat & bersyukur ke hadrat Illahi yg memberi rahmat. Setelah menempuh kegagalan iaitu tewas utk ke final Wiramasli 7, aku bangkit utk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik dalam apa jua bidang yg aku ceburi. Ternyata rezeki menyebelahi aku. Dalam hujung bulan Januari, aku mendapat panggilan telefon dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara. Aku lulus audition Koir Kebangsaan. Alhamdulillah. Akhirnya, fantasi menjadi realiti. Tapi aku terpaksa menempuh tempoh percubaan selama 6 bulan. Pergh! Lama betul. Itulah yg Tunku Marina (pengurus koir) beritahu semasa perjumpaan pertama kami. Lepas ni, aku harus ke Istana Budaya setiap Selasa & Jumaat 8-10.30mlm utk sesi rehearsal. Untuk kelas solfege (note music), setiap Selasa 7mlm. Nak tak nak aku kena dtg latihan walau mcm mana pun coz ini pilihan aku. Tp agak rushing coz ada break 5 minit je hari selasa lepas kelas solfege utk aku solat Maghrib. Nasib baik sempat utk aku solat.

9-15 Feb:

Aku terpaksa menempuh hari2 yg memenatkan & mencabar kewibawaan aku sebagai pelajar. Mana taknya, minggu ni sibuk dgn 4 test penting (biochem, ekonomi, titas & etnik). Plus aku involve dlm Fiesta Idol, Fesnik & Firus yg dijalankan pd minggu ni jgk. Tapi tak pe. ’Lakukan yang terbaik.’ Itulah yg menjadi prinsip aku sejak dulu lagi.

Setelah melalui 1 minggu yg getir ni, Alhamdulillah rezeki sekali lagi berpihak pd aku. 15 Feb, tarikh keramat buat diri aku. In Two We See (K13) berjaya mendpt tempat ke3. Walaupun aku bukan solo nasyid utk thn ni, tp aku rasa sgt gembira dgn kejayaan ni. Pada mlm yg sama juga, aku diumumkan sbg juara Fiesta Idol. Sejuta kesyukuran aku panjatkan pada Yang Esa atas kejayaan berganda ini : ) Tambahan pula, pd petangnya, pasukan pantun K13 yg aku wakili, Kencana Emas mng 2 drpd 3 match utk saringan Firus. Pencapaian yg lebih baik drpd thn lepas walaupun kami x berjaya ke final. Kira oklah tu. Inilah hadiah hari jadi aku yg ke 20 pd 17 Feb ni. Hehe. Apapun, tahniah buat Kak Pae, Abg Boan, Syamil, Kak Difa & Kak Zati yg mewakili kolej masing2 yg telah berjaya ke final Firus. Terima kasih yang teramat juga diucap kpd Abg Amri & Badri atas sokongan semasa Firus. Aku sematkan azam dalam kalbu utk menjejakkan kaki di pentas final 1 hari kelak. Insya-Allah. Moga2 dimakbulkan.