Thursday, March 19, 2009

Khittah Seorang Pesawah

Baru aku sedar betapa besarnya pengorbanan seorang yang digelar pesawah. Saban hari kita makan nasi tanpa menyedari betapa sukarnya untuk menghasilkan sebutir beras. Aku teringat sebuah iklan di tv yg ada menyebut "SEBUTIR BERAS TU IBARAT SETITIK PELUH PETANI". Mungkin kalian masih ingat iklan tersebut bukan?

Pengalaman menanam padi di sawah semasa subjek Amalan Ladang: Tanaman Makanan AGR3001 pada ptg ini membuatkan aku tersedar dari lamunan. Kalau takda pesawah, apa yg kita nak makan? Sebenarnya ksedaran ni timbul lantaran pengalaman yg amat memenatkan. Dari pukul 2.00 ptg hingga 5.30 ptg, kami memerah keringat menanam padi secara manual dan menggunakan mesin penanam padi. Menggunakan mesin penanam padi pada mulanya aku rasakan begitu mudah namun hakikatnya tidak semudah yg disangka. Aku bukan main gelakkan kawan2 yg menanam padi dengan senget-benget antara baris menggunakan mesin tersebut. Tapi bila sampai giliran aku, senget jugak. Susah rupanya. Haha.

Kemudian, kami menanam secara manual di petak sawah yang besar. "Penderitaan" baru bermula. Kami harus mencabut anak2 pokok padi yg telah disemai dan membersihkannya sebelum menanam. Sakit belakang dibuatnya tatkala terpaksa membongkok sahaja. Ikutkan hati mahu saja aku duduk dalam petak sawah ni. Tapi nnt org lain ingat ada beruang pulak yang lemas kat dalam sawah. Aku lupakan hasrat yang tak masuk dek akal tu.

Kami memindahkan anak2 pokok padi yang telah dicabut ke petak sawah yg lain lantas terus menanam secara manual, guna jari je.. Eh, bukan. Guna tangan je. Dengan sinaran mentari yang tidak jemu2 memancarkan cahayanya, membuatkan keringat membasahi baju. Mmg penat sgt. Kami harus memenuhkan petak sawah yg mmg besar ini dgn anak pokok padi. Staf2 TPU menyuruh kami menghabiskan juga penanaman. Selagi tak habis, tak boleh balik. Tapi ada je yg berjaya memboloskan diri terus pulang ke kolej. Yang tinggal hanya beberapa kerat saja. Kamilah yg menyelesaikan kerja2 penanaman berbekalkan "semangat seorang pesawah moden".

Mmg pengalaman ni mengajar aku tentang pengorbanan pesawah yg kita mesti kita hargai. Bersyukurlah pada Allah atas rezeki yang diberi. Jadi kepada rakan2 semua, kalau makan nasi tu, biarlah sampai habis. Jangan bazirkan dengan membuang begitu sahaja.

2 comments:

zetty89 said...

huhu!!! memang sangat terasa mengargai bila kita sendiri melaluinya!!(aku baru nak amik sem depan..)

zapzappap said...

zetty89-haha. nanti ko akan rasa perihnya seorang pesawah sem depan.