Sunday, March 15, 2009

TERHARU


Aku sgt terharu dgn award kak ika.. BLOG PALING BERSAWANG (NAIB JOHAN).. Ok lah tu. Actually x sempat sgt2 nak update blog.. Neway TQ kak ika for the award!!! (hehehe).

Tinggalkan pasal award 2. Sedar tak sedar dah 2 bulan aku menjadi pelajar degree. Pengalaman yang x boleh diungkap dgn kata2. Sebenarnya, pengalaman di alam degree ni membuatkan aku lebih matang & menjadikan aku sbg insan yg lebih tabah. Mmg ada tekanan tp aku cuba hindarkan. Moga2 membuahkan kejayaan.

Alhamdulillah, satu demi satu kejayaan muncul pada sem ini membuatkan aku gembira yang teramat & bersyukur ke hadrat Illahi yg memberi rahmat. Setelah menempuh kegagalan iaitu tewas utk ke final Wiramasli 7, aku bangkit utk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik dalam apa jua bidang yg aku ceburi. Ternyata rezeki menyebelahi aku. Dalam hujung bulan Januari, aku mendapat panggilan telefon dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara. Aku lulus audition Koir Kebangsaan. Alhamdulillah. Akhirnya, fantasi menjadi realiti. Tapi aku terpaksa menempuh tempoh percubaan selama 6 bulan. Pergh! Lama betul. Itulah yg Tunku Marina (pengurus koir) beritahu semasa perjumpaan pertama kami. Lepas ni, aku harus ke Istana Budaya setiap Selasa & Jumaat 8-10.30mlm utk sesi rehearsal. Untuk kelas solfege (note music), setiap Selasa 7mlm. Nak tak nak aku kena dtg latihan walau mcm mana pun coz ini pilihan aku. Tp agak rushing coz ada break 5 minit je hari selasa lepas kelas solfege utk aku solat Maghrib. Nasib baik sempat utk aku solat.

9-15 Feb:

Aku terpaksa menempuh hari2 yg memenatkan & mencabar kewibawaan aku sebagai pelajar. Mana taknya, minggu ni sibuk dgn 4 test penting (biochem, ekonomi, titas & etnik). Plus aku involve dlm Fiesta Idol, Fesnik & Firus yg dijalankan pd minggu ni jgk. Tapi tak pe. ’Lakukan yang terbaik.’ Itulah yg menjadi prinsip aku sejak dulu lagi.

Setelah melalui 1 minggu yg getir ni, Alhamdulillah rezeki sekali lagi berpihak pd aku. 15 Feb, tarikh keramat buat diri aku. In Two We See (K13) berjaya mendpt tempat ke3. Walaupun aku bukan solo nasyid utk thn ni, tp aku rasa sgt gembira dgn kejayaan ni. Pada mlm yg sama juga, aku diumumkan sbg juara Fiesta Idol. Sejuta kesyukuran aku panjatkan pada Yang Esa atas kejayaan berganda ini : ) Tambahan pula, pd petangnya, pasukan pantun K13 yg aku wakili, Kencana Emas mng 2 drpd 3 match utk saringan Firus. Pencapaian yg lebih baik drpd thn lepas walaupun kami x berjaya ke final. Kira oklah tu. Inilah hadiah hari jadi aku yg ke 20 pd 17 Feb ni. Hehe. Apapun, tahniah buat Kak Pae, Abg Boan, Syamil, Kak Difa & Kak Zati yg mewakili kolej masing2 yg telah berjaya ke final Firus. Terima kasih yang teramat juga diucap kpd Abg Amri & Badri atas sokongan semasa Firus. Aku sematkan azam dalam kalbu utk menjejakkan kaki di pentas final 1 hari kelak. Insya-Allah. Moga2 dimakbulkan.

1 comment:

budak sihat said...

uhuhhh..
terharu lah gak...
tp slepas ape yg berlaku baru2 ni..
terharu lagikah anda???
uhuhuh...