Monday, April 6, 2009

pengorbanan

Setiap insan di muka bumi ini harus mempunyai pengorbanan. Aku tak terlepas dari tanggungjawab ini. Aku harus berkorban untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citaku. Itu yang aku mahu jadi itulah yang aku harus aku laku.

Aku terpaksa melepaskan peluang sebagai ahli reserve untuk persembahan Koir Kebangsaan yang akan diadakan di Bangkok pada bulan Jun nanti. Mungkin saat ini yang aku nanti-nantikan tapi aku terpaksa lepaskan.

Ketika Tunku Marina (pengurus koir) bertanya sama ada aku nak atau tidak dengan pantas aku menjawab nak.. saya sanggup. Namun bila difikir tentang peperiksaan akhir yang bakal aku tempuh tak lama lagi membuatkan aku berfikir 4 kali. Sesi latihan akan ditambah lagi sehari iaitu Rabu menjadi 3 hari seminggu. Maka bila masa untuk aku belajar? Setelah mendapat nasihat daripada mama, akhirnya aku pasrah untuk melepaskan peluang keemasan itu. Lagipun, tak tentu lagi aku masuk team yang akan buat persembahan. Jadi, buat masa ni baik aku betul-betul tumpu pada pelajaran. Mungkin rezeki akan tiba lain kali. Siapa tahu?

Aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR buat semua teman, rakan dan kawan terutama yang sering berkunjung di blog aku yang seberapa ini. Semoga kita dapat melakukan yang sehabis baik dalam peperiksaan nanti. Insya Allah. Doakan kejayaan kita bersama. Terima kasih yang tak terhingga kepada Fiza & Syabira yang sudi diinterview dalam tugasan BBI2420 aku. Tak lupa terima kasih kepada Bad, Tuah & Syadan yang menjadi ahli kumpulan aku untuk BBI2420 sepanjang sem ni. Alhamdulillah kita dah habis presentation. Hehe.

Buat mama, abah dan keluarga tersayang (kak Na, abg Annas, kak Li, abg Ajee, Fadlie), Anep amat mengharapkan kalian mendoakan kejayaan Anep untuk peperiksaan akhir ini.