Sunday, July 12, 2009

Memori MTB 2009

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus hampir 2 minggu, persembahan MTB gabungan kolej 13 & kpz berjaya direalisasikan. Bertemakan 1Malaysia dan berkonsepkan Nyanyian, Tarian dan Muzik Live, persembahan gabungan kolej ini yang menggunakan nama "SATU" hanya berjaya mendapat anugerah keceriaan terbaik. Kalah menang adat pertandingan. Mungkin kedengaran agak klise, tapi itulah kenyataan.




Bertindak sebagai salah seorang drpd pengarah kumpulan, aku amat berbangga dengan semangat dan kesungguhan yg dipamerkan oleh semua ahli kumpulan SATU. Namun aku agak terkilan kerana mesej yg ingin disampaikan tidak dapat difahami dengan jelas oleh barisan juri yg "mantap sgt" spt FIZZ FAIRUZ-PELAKON, WAN SYUHADA WAN TEH-PENERBIT 999 TV3, FEDTRI YAHYA-PENGACARA MHI TV3, seorang pengarang akhbar tempatan & 2 org lain yg aku kira pakar dlm bidang penerbitan bukan kesenian ("professional sgt" juri2 ni dlm bidang kesenian persembahan!) SATU merupakan satu2nya kumpulan yg menampilkan kelainan kerana menampilkan idea persembahan tentang rentetan ke arah perpaduan di Malaysia hingga tercetusnya 1Malaysia bermula pd era penjajahan hingga kini yg disampaikan secara medley.




Lontaran Vokal Harmoni (lagu asal MJ earth song) menceritakan konflik dalaman yg dihadapi oleh masyarakat di Tanah Melayu pd waktu era penjajahan di mana pihak Inggeris menjalankan dasar pecah & perintah sehingga mencetuskan jurang yg amat besar antara kaum. Lagu Luhur (Kamikaze) menceritakan kisah perjuangan seorang tokoh Tun Hussein Onn (Bapa Perpaduan) yg cuba menyatupadukan rakyat pd ketika itu dan kesedihan rakyat setelah pemergiannya. Rentetan seterusnya digarap menerusi Lagu Rasa Sayang di mana rakyat mula bersatu-padu dan sayang kepada masyarakat yang berlainan kaum melalui kebudayaan kerana lagu ini diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Rentetan terakhir yg menjadi puncak persembahan SATU ialah Lagu Setia yg menceritakan kesetiaan rakyat Malaysia yg tidak berbelah bahagi dan mereka sudah bersatu-padu selaras dengan konsep 1Malaysia. Itulah serba sedikit idea yg aku cetuskan bersama abg diddy (kpz) yg telah berjaya direalisasi pd mlm 12 Julai 2009.




Apa yg lebih membuatkan aku terkilan pada awal persembahan MC tidak dpt menceritakan kronologi persembahan SATU dgn baik. Susunan lagu pun diceritakan secara tunggang terbalik membuatkan aku berasa tertekan. Nasib baik video iringan menjadi penyelamat keadaan yg merungkai sedikit ketidakfahaman audiens. Namun yang membanggakan, persembahan kumpulan SATU yg paling mendapat sambutan menggalakkan drpd audiens.




Apapun aku redha dengan keputusan semalam. Mungkin mlm smlm rezeki tidak berpihak kpd SATU. "Juri2 profesional" lebih berpihak kpd persembahan straight to the point yg hanya mahukan persembahan ala2 citrawarna (semua kumpulan buat persembahan berkonsepkan citrawarna) Lagu Melayu digabungkan dengan lagu Cina juga India. Tak pun lagu rakyat dinyanyikan oleh pelbagai bangsa. KLISE sgt! Tak merdeka langsung pemikiran. Dahlah takde langsung juri yg pakar dlm bidang vokal. Fizz Fairuz.. (kalau aku jadi Fizz Fairuz aku malu utk terima undangan jadi juri sbb aku tahu tu bukan bidang aku) Klaka banget seyh!!




Sejuta penghargaan aku ucapkan kpd semua yg terlibat dlm menjayakan persembahan SATU spt Kimi, Tasya, Eja, Husaini, Ban, Nisah dll (ramai sgt) atas pengorbanan kalian. Tak lupa Z n Mok yg bg idea ttg pemilihan lagu. Apa2 pun jauh di lubuk hati aku SATU adalah pemenang.




Harapan aku satu. Aku merayu lain kali carilah juri yg betul2 berkelayakan dalam bidang kesenian persembahan utk jadi juri Malam Tunas Budaya. Analogi utk MTB semalam mudah. 6 org chef dilantik menjadi juri utk pertandingan mencipta robot. Mcm manalah chef2 tu nak buat keputusan kan? Aku rasa mesti diorang guna dadu utk cari pemenang.. HAHA :p