Wednesday, December 16, 2009

DIALAH SINBAD!




Dialah Sinbad 3x

Dialah Sinbad gagah perkasa

Lautan luas direntasinya
Dia perwira raja samudera

Dialah wira kepada kita


Dialah Sinbad 3x

Dialah Sinbad yang penyayang

Suka menolong malam dan siang

Sahabat kami di lautan terbentang

Kerana Sinbad hanya seorang


Dialah Sinbad 3x

Segala halangan dialah wiranya

Jin dan syaitan semua dimusnahnya

Ombak besar bukan lawannya
Kerana Sinbad raja samudera

Dialah Sinbad 3x

Bosan pulak rasanya dah habis pementasan Bangsawan Sinbad: Batu Permata Dewa. Yelah, selalunya pegi latihan petang2. Walaupun hanya bertindak selaku pelakon tambahan (kelasi kapal je) yang hanya melakonkan watak (tanpa dialog) sambil menyanyi lagu Dialah Sinbad, namun aku puas. Pementasan Sinbad yang berlangsung pada 11-13 Disember 09 merupakan pengalaman pertama aku berlakon teater yang sememangnya tak dapat dilupakan. Bekerja bersama produksi di bawah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) merupakan pengalaman baru yang benar2 berharga buat aku. Kepada kawan2 yg dtg memberikan sokongan semasa teater ini berlangsung, terima kasih diucapkan. Tak lupa kpd Tunku yg memberi peluang & semua yg terlibat dlm teater ni, hopefully jumpa lagi utk tour Sinbad nnt k. InsyaAllah.