Sunday, January 3, 2010

In Love With Peace - National Choir Concert











27 Disember 2009- tanggal yang tidak akan aku lupakan kerana tika inilah konsert koir kebangsaan yang juga merupakan penglibatan sulungku berjaya direalisasikan dengan jayanya. Bertemakan in love with peace, sudah terang lagi bersuluh komposisi lagu2 yang dibawakan berkisar tentang cinta, keamanan dan kedamaian. Dimulakan dengan montaj tentang koir kebangsaan, seterusnya kami berjalan menuju ke pentas dengan membawakan watak marah, sedih, in love dan gembira. Simboliknya, dalam dunia yang penuh dengan penindasan, kekejaman dan sebagainya, kami meluahkan perasaan ketidakpuasan hati dan marah. Kami juga sedih dengan keadaan ini. Kemudian terbitnya rasa kasih, sayang dan cinta tidak kiralah sesama manusia, cinta kepada tuhan, alam dan lain2. Akhirnya, kegembiraan terbit pabila kesemua penindasan, kekejaman ini berjaya dihentikan. Kemudian, konduktor En. Amri Zane berjalan menuju ke tengah pentas bagi memulakan pimpinan konsert.

Lagu Tanya Sama Itu Hud2 membuka tirai persembahan diikuti Rapper's Medley (Dead & Gone, Gangsta's Paradise & Where Is The Love). Inilah kali pertama koir kebangsaan membawakan lagu berentak rap. Seterusnya, lagu Ikhlas Tapi Jauh dipersembahkan, diikuti Samrah Mentari, Better Tomorrow (Mandarin song), If Love Has Wings, Beautiful, Standing In The Eyes Of The World, Hitam Putih Kehidupan dan diakhiri dengan MJ's Medley (Heal The World, Man In The Mirror & They Don't Care About Us) sebagai penutup untuk separuh masa pertama konsert.

Selepas Intermission, lagu Doa didendangkan oleh ahli koir perempuan diikuti Inspirational Medley (Alhamdulillah, Terlalu Istimewa & Gemilang), Down By The Riverside, Gemuruh, Thank You For The Music, Shackles dan yang terakhir We Are The World. Begitulah susunan lagu2 yang dipersembahkan pada konsert ini.

Konsert yang diadakan sebanyak 2 kali (3 ptg & 8.30 mlm) pada satu hari ternyata memberi cabaran yang besar buat aku kerana memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi. Bukan sahaja menyanyi sambil berdiri tegak, namun keistimewaan konsert kali ini ialah ia berkonsepkan muzikal yang mempunyai jalan cerita tersendiri dan kami juga harus menari untuk kebanyakan lagu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan gemilang. Aku masih ingat kata2 Cik Syafinaz Selamat selaku jutulatih vokal merangkap pengarah persembahan yang berpesan sebelum konsert bermula, "Apa yang penting sekarang ialah tone production, cut together and have fun." Ternyata aku sangat seronok & enjoy membuat persembahan. Apa yang lebih istimewa, mama turut hadir memberi sokongan selain fadlie, kak ernie, cikgu, kawan2 (abg li, daus, nisah, dayah, fad, syira). Rata2 memberikan respon positif, "Tak sangka persembahan koir best mcm ni. Ingat ke berdiri tegak je." Segala penat lelah dan usaha yang dicurahkan selama ini membuahkan hasil yang membanggakan pada konsert ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam konsert ini. :)

No comments: